Wednesday, November 16, 2011

PROGRAM CUTI SEKOLAH

1. BENGKEL MENJAWAB KERTAS 2 BAHASA INGGERIS PMR
    Tarikh: 19 hingga 22 Disember 2011
    Masa : 8.00 hingga 10.00 malam
    Yuran: RM 45

2. TEKNIK MENJAWAB KERTAS 2 BAHASA INGGERIS UPSR
    Section A, B and C. Mengikut pemarkahan kertas penanda soalan. 
    Terbuka kepada semua murid tahun 5 dan 6 2012.
    Tarikh: 13 hingga 16 Disember 2011
    Masa : 9.00 hingga 11.00 pagi
    Yuran: RM33

3. KELAS ULANGKAJI SAINS UPSR DAN PRA UPSR
    Peta minda diberikan dan murid juga diajar teknik menjawab kertas dua
    Terbuka kepada calon UPSR 2012 dan murid tahun 5, 2012.
    Tarikh: 19 hingga 22 Disember 2011
    Masa : 8.00 hingga 10.00pagi
    Yuran: RM30

4.  SMART READING WORKSHOP
     Terbuka kepada murid tahun 1,2 dan 3
     Murid juga diajar melalui "language game" dan lagu.
     Tarikh: 19 hingga 24 Disember 2011
     Masa : 8.00 hingga 10.00 malam
     Yuran: RM36

5.  TEKNIK MEMORI VISUAL DAN ANALOGI UNTUK SAINS PMR
      Terbuka kepada semua pelajar tingkatan 2 dan 3. 
      Memahami fakta sains melalui teknik visual dan analogi.
      Tarikh: 26 hingga 30 Disember 2011
      Masa : 10.30 hingga 12.30 pagi
      Yuran: RM36

6.   KELAS MATH MAGIC
     TEKNIK MENGIRA DENGAN PANTAS DAN MUDAH.
     Terbuka kepada semua murid darjah 4,5,6.
     Tarikh: 26 hingga 27 Disember 2011
     Masa : 8.00 hingga 10.00 pagi
     Yuran: RM 30

7. TEKNIK MELUKIS KARTUN DAN TEKNIK ASAS MEWARNA
    Terbuka kepada semua murid tahun 1 hingga 6.
    Oleh Encik Zainal Asri bekas anak murid kartunis antarabangsa iaitu Dato Lat.
    Tarikh: 17/12, 18/12, 24/12,31/12  Masa: 2- 4 petang. Yuran: RM35

Tuesday, November 15, 2011






 ALHAMDULILLAH.....MAJLIS SOLAT HAJAT DARJAH 4,5 DAN TINGKATAN 5 BERJALAN DENGAN LANCAR.



" SESUNGGUHNYA KAMI TELAH BERUSAHA YA ALLAH, KAMI MEMOHON KEPADAMU BERIKAN KAMI GANJARAN YANG SEPADAN DENGAN USAHA KAMI YA ALLAH. KEPADAMU JUA KAMI SERAHKAN SEMUA URUSAN KAMI DI DUNIA INI."

Saturday, October 8, 2011

TAKE 100% RESPONSIBILITY FOR YOUR LIFE.

Assalamualaikumwarahmarullahiwabarakaatuh........Oktober telah menjelang. Ada 2 bulan lagi masa untuk melakukan semua yang terbaik sebelum 2011 berakhir. 2 bulan lagi kita perlu mengucapkan selamat datang pada 2012. Sebelum kita menutup tirai 2011....ada 2 perkara yang mesti kita lakukan:

PERTAMA: Melihat, memeriksa, mengkaji,menganalisa, menilai sejauh mana semua perancangan tahun 2011 dilalui. Adakah semua matlamat tersenarai telah dicapai? Berapa banyak kesilapan dan kelemahan diri yang belum diatasi? Apakah kualiti diri dan kekuatan diri yang telah dikenalpasti?....Dosa? Hutang? dan sebagainya 101 soalan mesti ditanya dan dijawab. Bukan untuk yang periksa UPSR, PMR, SPM, STPM sahaja. Semua individu berakal mesti melalui proses eksplorasi muhasabah diri dengan bersoal-jawab ini......termasuk saya yang berperanan sebagai anak kepada ibu, isteri kepada suami, ibu kepada anak, guru kepada murid, pemimpin kepada yang dipimpin, rakyat kepada negara, orang islam kepada agama, hamba kepada Tuan Pencipta. Nah....tengok periksa yang ni lagi hebat dari UPSR, PMR, SPM dan STPM kan?


KEDUA : Membuat, membina, melakar pelan perancangan baru untuk tahun 2012. Sama seperti pembentangan bajet Belanjawan Negara yang dibentangkan pada hari Jumaat 7 Oktober 2011. Ini bahagian paling menarik kan? Semua orang akan teruja, syok sangat membentangkan apakah cita-cita atau angan-angan 2012 mereka.  Antaranya, kalau pelajar....nak masuk asrama, nak tukar sekolah, nak tambah kawan, nak lepaskan geram lepas periksa....dan lagi dan lagi...... Mak ayah pula, sudah berangan-angan nak pergi bercuti, nak melawat saudara mara, nak tukar kereta, nak beli rumah baru....dan lagi dan lagi......

Namun apa yang PENTING?....................... eh...bukan KERJASAMA( wonder pet ).  APA yang penting ialah untuk semua perancangan, cita-cita, impian itu menjadi kenyataan.
Bolehkah apa yang kita inginkan menjadi kenyataan?  BOLEH. BOLEH. BOLEH. ( upin ipin) 
DIJAMIN 100 % BOLEH MENJADIKAN IMPIAN SATU KENYATAAN..... Insyaallah....bersambung minggu depan.......

Wednesday, January 5, 2011

WHAT YOU GIVE IS WHAT YOU GET

"WHAT YOU GIVE IS WHAT YOU GET " Life is so wonderful,beautiful, meaningful, fantastic, magnificent, amazing, awesome, splendid, superb, fabulous....when you positioned your mind positively the world automatically works its way to aid you achieving a positive outcome. Positive words give positive result. Subsequently, negative words are destructive. Have you ever notice how a boomerang works? Words we use in daily life have the same principle as the boomerang. When you throw it, it comes straight away back to you. Therefore, we must watch out the next time we utter anything. We never want to be hit right!....seperti kata pepatah orang Melayu, "terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa". So, why should you want to say bad, awful things to others when in fact you are actually hurting your very own self.  The next time bad thoughts cross your mind, shed them away quickly for what you give is what you get. Hmmmmm.........

Sunday, January 2, 2011

JOM.....JOIN US AT MINDA PRAGMATIK. WE ARE ANXIOUSLY WAITING FOR YOU, ALL BUDDING STUDENTS, OUT THERE TO JOIN US THIS NEW YEAR.


GREAT THINGS AWAITS....
  1. FREE registration fee for the first 50 
  2. FREE one year subscription of KUNTUM magazine
  3. FREE motivational class and seminar

Selamat Datang 2011, Selamat Tinggal 2010

"Life is discovering".....mudah-mudahan, 2010 telah membantu kita semua mengenali diri kita dan juga orang disekeliling. Amat penting untuk kita terus mencari dan mengenali kelebihan dan kekurangan diri sendiri dan juga orang disekeliling supaya tahun 2011 dan tahun seterusnya dapat dilalui dengan perancangan yang lebih baik. Sepertimana yang selalu dikatakan oleh bijakpandai, " if you fail to plan, you plan to fail". 

Mengapa kita mesti merancang? Mengapa kita mesti mempunyai masterplan dalam hidup? Mudah jawapannya...kita tidak mahu beberapa tahun akan datang, pada suatu tika, satu saat, bila kita duduk bersendirian, dalam suasana sunyi....tiba-tiba kita tersentap dan tersedar jauh di satu sudut dihati kita ada semacam satu perasaan tidak puas, kosong,tidak bermakna yang membuat kita rasa kehilangan dan tercari-cari dan juga punya bermacam-macam kekesalan..."kalaulah"...., "kenapalah"....."menyesalnya aku"...terasa kita tidak puas menikmati hidup ini.

Oleh yang demikian, saya menyeru diri saya dan semua pembaca blog ini agar mula mengambil pena dan kertas, luangkan masa merancang hidup anda untuk tahun 2011.
Ingat, "when you fail to plan, you plan to fail".