Saturday, October 8, 2011

TAKE 100% RESPONSIBILITY FOR YOUR LIFE.

Assalamualaikumwarahmarullahiwabarakaatuh........Oktober telah menjelang. Ada 2 bulan lagi masa untuk melakukan semua yang terbaik sebelum 2011 berakhir. 2 bulan lagi kita perlu mengucapkan selamat datang pada 2012. Sebelum kita menutup tirai 2011....ada 2 perkara yang mesti kita lakukan:

PERTAMA: Melihat, memeriksa, mengkaji,menganalisa, menilai sejauh mana semua perancangan tahun 2011 dilalui. Adakah semua matlamat tersenarai telah dicapai? Berapa banyak kesilapan dan kelemahan diri yang belum diatasi? Apakah kualiti diri dan kekuatan diri yang telah dikenalpasti?....Dosa? Hutang? dan sebagainya 101 soalan mesti ditanya dan dijawab. Bukan untuk yang periksa UPSR, PMR, SPM, STPM sahaja. Semua individu berakal mesti melalui proses eksplorasi muhasabah diri dengan bersoal-jawab ini......termasuk saya yang berperanan sebagai anak kepada ibu, isteri kepada suami, ibu kepada anak, guru kepada murid, pemimpin kepada yang dipimpin, rakyat kepada negara, orang islam kepada agama, hamba kepada Tuan Pencipta. Nah....tengok periksa yang ni lagi hebat dari UPSR, PMR, SPM dan STPM kan?


KEDUA : Membuat, membina, melakar pelan perancangan baru untuk tahun 2012. Sama seperti pembentangan bajet Belanjawan Negara yang dibentangkan pada hari Jumaat 7 Oktober 2011. Ini bahagian paling menarik kan? Semua orang akan teruja, syok sangat membentangkan apakah cita-cita atau angan-angan 2012 mereka.  Antaranya, kalau pelajar....nak masuk asrama, nak tukar sekolah, nak tambah kawan, nak lepaskan geram lepas periksa....dan lagi dan lagi...... Mak ayah pula, sudah berangan-angan nak pergi bercuti, nak melawat saudara mara, nak tukar kereta, nak beli rumah baru....dan lagi dan lagi......

Namun apa yang PENTING?....................... eh...bukan KERJASAMA( wonder pet ).  APA yang penting ialah untuk semua perancangan, cita-cita, impian itu menjadi kenyataan.
Bolehkah apa yang kita inginkan menjadi kenyataan?  BOLEH. BOLEH. BOLEH. ( upin ipin) 
DIJAMIN 100 % BOLEH MENJADIKAN IMPIAN SATU KENYATAAN..... Insyaallah....bersambung minggu depan.......

No comments:

Post a Comment